Ahad, 4 April 2010

.::BAB 5::.

.::PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN DAN HIKMAHNYA::.

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan menerima dan membincangkan bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:

Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman Allah swt:




Maksudnya : “Bahkan ia al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)”
(Surah al-Buruj:21)


Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut nerupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perangcangan yang wujud di ala mini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.


Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:




Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”
(Surah al-Qadar:1)

Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :




Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.”
(Surah ad-Dukhan:3)

Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :





Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.”
(Surah al-Baqarah:185)


Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan :

Maksudnya : “ Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun”

Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat. Antaranya :

Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.
Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-peringkat.
Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam jangka masa 24 malam.


Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :


Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.”
(Surah al-Isra’:106)

Firman Allah lagi dalam al-Quran :


Maksudnya : “Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.”
(Surah as-Syu’ara:194)

Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :


Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam.”
(Surah an-Nahl:89)


Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :


Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secar berperingkat-peringkat:

• Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
• Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Peringkat-peringkat tersebut sesungguhnya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah dan Penghuu segala Nabi.


Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.

.::BAB 4::.

Gambaran tentang turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w seperti adanya suatu kekuatan yang turun dari tempat yang tinggi dan diterima oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia telah diturunkan daripada tempat yang lebih tinggi. Maka betapa tingginya kedudukan al-qur’an dan betapa besarnya ajaran-ajarannya yang dapat mengubah perjalanan hidup manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dunia dan akhirat.


Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber pertamanya iaitu al-Qur’an akan memberikan kepada kita sesuatu ilmu tentang tahapnya dalam hukum dan hubungkaitannya dengan keadaan tempat di mana hukum itu diturunkan tanpa menimbulkan perselisihan antara yang terdahulu dengan yang akan datang. Masalah seperti ini memerlukan sesuatu kajian mengenai apa yang pertama sekali turun dan apa yang terakhir. Dan kajian seperti itu juga, menuntut adanya perbahasan mengenai segala hukum-hakam Islam seperti makanan, minuman, peperangan dan lain-lain.


Para ulama’ mempunyai banyak pengalaman dalam perkara yang mula-mula diturunkan dan apa yang terakhir. Di sini saya akan paparkan dengan ringkas, kemudian saya dedahkan pandangan yang paling benar.


Yang Turun Pertama Kali


1. Pendapat yang paling sahih mengenai ayat yang pertama kali turun ialah :

Firman Allah s.w.t :


Dalil pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani ( Bukhari dan Muslim ) dan lainnya, daripada Aishah yang mengatakan : “ sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku terhadap Rasulullah s.a.w adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Dia melihat dalam mimpi itu datangnya bagaikan terang pagi hari. Kemudian dia suka menyendiri ( khalwat ). Dia pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam. Untuk itu ia membawa bekal. Kemudian ia pulang kepada Khadijah r.a , maka Khadijah pun memberinya bekal seperti sebelumnya. Dalam gua Hira’ datanglah kepada Beliau satu kebenaran iaitu seorang Malaikat lalu berkata kepada Nabi : “ bacalah !” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab ‘ aku tidak pandai membaca’. Malaikat tersebut mandakapku sehingga aku berasa amat payah lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi ‘ bacalah’ maka aku pun menjawab : aku tidak pandai membaca lalu dia mendakapku yang kedua kali sampai aku payah dibuatnya. Kemudian dia lepaskan lagi dan berkata : “bacalah” aku menjawab ‘aku tidak pandai membaca’ maka dia mendakapku kali yang ketiga sehingga aku payah dibuatnya, kemudian dia berkata : “Iqra’ bismirabbikal lazi khalaq ……….hingga ayat yang kelima”


2. Dikatakan pula, bahawa yang pertama kali turun adalah ayat :

Firman Allah s.w.t :


Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, katanya : “ aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah : yang manakah di antara al-Qu’ran itu yang turun pertama kali? Dia menjawab : “Ya ayyuhal muddaththir. Aku bertanya lagi : ataupun iqra’ bismirabbika? Dia menjawab : aku katakana kepadamu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w kepada kami, sabdanya yang menbawa maksud :

“ sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka apabila sudai selesai aku turun lalu aku meneroka lembah. Aku melihat ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang menjumpai Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka menyelimut aku. Mereka pun menyelimut aku. Lalu Allah menurunkan : Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan"

Hadis Jabir ini dapat dijelaskan bahawa soalan itu mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan bahawa surah Muddassir lah yang turun secara penuh sebelum surah Iqra’ diturunkan; kerana yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah beberapa ayat sahaja.


Dengan demikian, maka ayat al-Qu’ran yang mula-mula sekali turun secara mutlak ialah Iqra’ dan surah yang mula-mula sekali diturunkan secara lengkap, sehabis terhentinya wahyu ialah “ Ya ayyuhal mudathir” dan wahyu yang berhubungkait masalah kenabian pertama sekali turun adalah Iqra’.

3. Pendapat lain mengatakan bahawa pertama kali turun adalah surah al-Fatihah. Mungkin yang dimaksudkan adalah surah yang pertama kali turun secara lengkap.

4. Ada juga yang berpendapat bahawa yang mula-mula sekali turun adalah Bismillahirrahmanirrahim, kerana basmalah turun mendahului setiap surah.


Yang Terakhir Kali Diturunkan

1. Ada yang berpendapat bahawa ayat yang terakhir adalah ayat mengenai riba. Ini berdasarkan pada hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas, yang mengatakan bahawa ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat tentang riba.

Firman Allah s.w.t :


2. Ada yang berpendapat, ayat al-Qu’ran yang terakhir diturunkan ialah :

Firman Allah s.w.t :


Ini didasarkan atas hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa’I dan lain-lain, daripada Ibnu Abbas dan Sa’id bin Jubair. “ayat al-Qu’ran yang kali terakhir turun ialah : “dan peliharalah dirimu daripada azab yang berlaku pada suatu hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah s.w.t……


3. Dikatakan yang terakhir kali turun itu ialah ayat tentang hutang, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyab : … “telah sampai kepadanya bahawa ayat al-Qu’ran yang paling muda di Arsy ialah ayat mengenai hutang.”

Firman Allah s.w.t :


Ketiga-tiga riwayat ini dapat disatukan, iaitu bahawa ketiga-tiga ayat tersebut di atas diturunkan sekali gus langsung seperti yang dalam mushaf. Ayat mengenai riba, ayat peliharalah dirimu....., dan ayat tentang hutang, itu masih satu kisah. Setiap perawi menggambarkan bahawa sebahagian daripada yang diturunkan itu sebagai yang terakhir kali dan itu memang benar. Dengan demikian, maka ketiga-tiga ayat tersebut tidak saling bercanggah.

4. Ada lagi yang berpendapat bahawa yang terakhir kali diturunkan adalah ayat tentang kalalah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib, katanya : “ ayat yang terakhir diturunkan ialah :
Firman Allah s.w.t :



Ayat yang turun terakhir menurut hadis Barra’ ini adalah berhubung rapat dengan masalah warisan.


5. Pendapat yang lainnya yang terakhir diturunkan ialah :


Firman Allah s.w.t :



Mungkin yang dimaksudkan adalah ayat yang terakhir yang diturunkan daripada surah At-Taubah. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa hadis ini memaklumkan bahawa surah ini adalah surah terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah kerana ayat ini mengisyaratkan wafatnya Nabi s.a.w. Sepertimana yang difahami oleh sebahagian sahabat atau mungkin juga surah ini surah yang terakhir diturunkan.


6. Pendapat lainnya yang terakhir kali diturunkan adalah surah Al-Ma’idah. Ini berdasarkan riwayat Tirmizi dan Hakim, daripada Aisyah r.a, tetapi menurut kami, surah itu surah yang terakhir kali turun dalam masalah hukum halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum pun yang dimansukh di dalamnya.


7. Ada juga yang mengatakan bahawa yang terakhir kali turun adalah:

Firman Allah s.w.t :


Pendapat ini berhujah dengan menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih melalui Mujahid, daripada Ummu Salamah, dia berkata : “ayat yang terakhir kali turun adalah ayat : “maka Tuhan memperkenalkan permohonan mereka, sesungguhnya Aku tidak akan menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kaummu…” hingga akhir ayat tersebut.


Sebab adanya hadis ini adalah soalan dari Ummu Salamah : “wahai Rasulullah, aku melihat Allah menyebut tentang kaum wanita. Maka turunlah ayat : dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain.


Dan turun pula “ Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim … "

Serta ayat ini : “ Maka Tuhan mereka…” ayat ini adalah yang terakhir diturunkan daripada ketiga-tiga ayat di atas. Di dalamnya tidak hanya disebutkan kaum lelaki secara khas, tetapi juga perempuan.

Daripada riwayat itu, jelaslah bahawa ayat tersebut terakhir turun di antara ketiga-tiga ayat di atas, juga yang terakhir turun daripada ayat-ayat yang dalamnya disebutkan kaum wanita.



8. Ada yang berpendapat, ayat yang terakhir turun ialah :


Firman Allah s.w.t :


Ini didasarkan kepada hadis yang diriwayatkan Bukhari dan lainnya daripada Ibnu Abbas.
Katanya : ayat ini iaitu Surah An-Nisa’ ayat 93 adalah ayat yang terakhir dan tidak dinasakh oleh sesiapa pun.

Ungkapan “ ia tidak dinasakh oleh sesiapa pun” itu menunjukkan ayat itu ialah ayat yang terakhir turun dalam masalah hukum membunuh mukmin dengan disengajakan.

Ada juga berpendapat yang berdasarkan kepada riwayat Muslim daripada Ibnu Abbas, katanya : “ surah terakhir yang diturunkan ialah :


Firman Allah s.w.t :


Semua pendapat itu tidak disandarkan kepada Nabi. Masing-masing hanya ijtihad dan dugaan sahaja. Mungkin pula bahawa masing-masing mereka itu memberitahu apa yang terakhir didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. atau mungkin juga masing-masing mengatakan hal itu berdasarkan apa yang terakhir diturunkan dalam perkara perundangan tertentu atau dalam masalah surah terakhir yang diturunkan secara lengkap seperti pendapat-pendapat yang lain.


Yang Pertama Diturunkan Secara Tematik.


Para ulama juga membincangkan mengenai ayat-ayat yang pertama diturunkan berdasarkan isi pada temanya. Diantaranya :

1. Mengenai makanan


Firman Allah s.w.t :



Firman Allah s.w.t :



Firman Allah S.W.T:



Firman Allah s.w.t :



2. Masalah minuman


Ayat pertama kali diturunkan mengenai khamar ialah :



Firman Allah s.w.t. :






Firman Allah s.w.t :



Firman Allah s.w.t :


3. Mengenai Perang

Firman Allah:



Manfaat Perbahasan Ini


Mengetahui ayat-ayat yang pertama dan terakhir kali diturunkan itu mempunyai banyak faedah, diantara yang paling penting ialah


a) Menjelaskan mengenai perhatian yang diperolehai al-Quran sebagai bentuk penjagaan dan penetapan ayat-ayatnya. Para sahabat telah menghayai al-Quran ini ayat demi ayat sehingga mereka mengerti waktu dan tempat dimana ayat itu diturunkan. Mereka telah menerima daripada Rasulullah s.w.a mengenai ayat-ayat yang diturunkan kepadanya dengan sepenuh hati. Al-Quran adalah dasar agama penggerak iman dan sumber kemuliaan serta maruah mereka. Ini membawa kesan positif iaitu al-Quran akan terselamat daripada sebarang perubahan dan sebarang penyelewengan.

Firman Allah:

b) Mengetahui rahsia syariat islam yang selari denga sejarah perjalanan subernya yang utama. Dengan peyunjuk Ilahi ayat-ayat al-Quran dapat menjawab persoalan jiwa manusia, membawanya lebih mulia dengan metod yang bijaksana, lalu menempat mereka dalam darjat kesempurnaan. Ayat-ayat al-Quran juga dapat menghantar manusia kepada jalan hidup lurus dan benar melalui penetapan hukum-hakam secara bertahap. Demikian juga dalam masalah kehidupan masyarakat.


c) Dalam mengumpulkan mana-mana ayat yang nasakh dengan mansukh, kadang-kadang terdapat dua ayat atau lebih dalam satu masalah. Tetapi ketetuan hukum dalam satu ayat berbeza dengan ayat yang lain. Apabila dikethui mana yang pertama diturunkan dan mana yang kemudian. Maka ketentuan hukum mutakhir yang terakhir diturunkan itu menghapus ketentuan hukum ayat yang diturunkannya sebelumnya.

.::BAB 3::.

PENDAHULUAN

Wahyu-wahyu yang diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula sejak baginda berada di Mekah hinggalah baginda berpindah ke Madinah. Ayat-ayat al-Quran tersebut telah menyentuh pelbagai masalah dan persoalan yang dihadapi oleh umat Islam. Ayat-ayat al-Quran juga telah mengubah tabiat buruk umat Arab menjadi baik dan membentuk mereka menjadi umat yang terpuji dalam jangka masa yang amat singkat.


Perlu diketahui bagaimanakah ayat-ayat al-Quran begitu mampu mengubah unat Jahiliah kepada umat yang bertamadun dalam jangka masa yang singkat selain dengan sebab ia merupakan kitab mukjizat. Antara sebab lain ialah kerana kelembutan al-Quran dalam menangani persoalan dan masalah mereka. Al-Quran berperingkat-peringkat mengubah perangai dan tabiat buruk mereka hingga akhirnya mereka meninggalkannya semua sekali dengan rela. Kerana itu wujudlah ayat-ayat al-Quran yang membatalkan ayat yang awal turunnya dan sebaliknya. Untuk mengetahui mana satu ayat yang awal dan yang akhir secara berturutan seseorang itu perlilah mengetahui dan memahami dengan tepat persoalan ayat Makki dan ayat Madani.

PENGERTIAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

- Terdapat perselisihan ulama dalam mentakrifkan apakah ayat Makki dan ayat Madani. Mereka membuat takrifan tersebut biasanya berdasarkan aspek tempat dan juga masa diturunkan ayat tersebut.


# Bagi golongan yang mementingkan tempat mereka mengistilahkan ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berada di Mekah dan kawasan sekiyarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun sesudah hijrah. Sementara ayat Madani ialah ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mdinah dan kawasan sekitarnya seperti ayat yang turun di Badar dan juga di Uhud.



# Ada juga yang melihat dari aspek ayat yang diturunkan itu sendiri. Bagi mereka ayat-ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan untuk penduduk Mekah yang dikenali dengan permulaan ayatnya yang menyebut “Wahai sekalian manusia” dan “Wahai Bani Adam..” Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan khusus untuk penduduk Madinah dengan dimulakan ayat yang menyebut “Wahai orang-orang yang beriman…”.



# Bagi mereka yang merujuk kepada soal masa akan mengistilahkan ayat-ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diturunkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah sama ada diturunkan di Mekah, sekitarnya atau di tempat lain selain dari Mekah. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrahnya Nabi ke Madinah walaupun diturunkan di Mekah.



# Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:



1) Sukar untuk menentukan ayat yang tidak diturunkan di kedua-dua tempat tersebut misalnya ayat yang diturunkan di Baitul Maqdis seperti ayat:




Maksudnya : Tanyakanlah kepada orang (Rasul) yang telah kami utuskan sebelum Engkau di antara Rasul-Rasul Kami. Adakah kami adakan beberapa Tuhan Yang mereka sembah selain dari ar-Rahman. (Surah az-Zukhruf: 45)


2) Sulit untuk menentukan ayat-ayat yang tidak mempunyai kitab atau kata tuju dalam ayat yang telah dinyatakan di atas. Contohnya ayat yang ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w sendiri, kepada orang munafik, orang-orang kafir dan juga ayat-ayat yang hanya mengandungi kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu. Ini terdapat dalam ayat berikut :



Maksudnya: Wahai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang telah dihalalkan Oleh Allah kepada kamu kerana mahu memenuhi kehendak isteri-isteri Kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mha Penyayang. (Surah at-Tahrim: 1)


3) Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut adalah dimasukkan ke dalam ayat-ayat yang turun di Madinah kerana turun selapas hijrah walaupun tempat turunnya di Mekah iaitu sewaktu pembukaan Mekah.



Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan Amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum di antara Manusia hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah Adalah sebaik-baik Pemberi Ingat\nasihat kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lagi Amat Maha Melihat. (Surah an-Nisa’: 58)


SURAH-SURAH AL-QURAN YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN MADANI

# Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki


-Termasuk di dalam surah Makki sebanyak 82 surah iairu surah :


1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un 41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun 45)AL-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah 61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’rak 68)as-Syura 69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq 73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar 81)al-Insan 82) Fussilat


-Surah-surah Madani

- Termasuk di dalam surah-surah Madani sebanyak 20 surah iaitu:

1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah 16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr


- Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai surah Madani iaitu surah:


1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass


- Terdapat juga surah-surah yang mempunyai pengecualian iaitu ia dimasukkan ke dalam surah Madaniyah tetapi terdapat di dalamnya ayat-ayat Madani. Contohnya dalam surah al-Anfal sebagai surah Madani tetapi terdapat ayat yang diturunkan di Mekah iaitu ayat yang ke-30 begitu juga ayat yang ke-64. ayat 30 diturunkan kepada Nabi menerangkan tujuan orang Musyrikin yang hendak membunuh Nabi dan Nabi diperintahkan berhijrah ke Madinah. Sementara ayat yang ke-64 diturunkan kepada Nabi selepas Saidina Umar al-Khattab memeluk agama Islam.


- Begitu juga sebaliknya dalam surah Makkiyah terdapat ayat-ayat Madani seperti surah al-An’am yang dimasukkan ke dalam surah-surah Makki kecuali ayat 101-153 diturunkan di Madinah. Begitu juga surah al-Hajj adalah surah Makki tetapi ayat 19 diturunkan di Madinah.


AYAT-AYAT YANG DIHUKUM MAKKI DAN MADANI

# Selain dari itu terdapat juga ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dihukumkan Madani dan diturunkan di Madinah tetapai dihukumkan Makki. Ayat-ayat itu dihukumkan demikian kerana melihat dan meneliti kandungan dan tajuk yang dibawa oleh ayat-ayat tersebut misalnya:


a) Ayat turun di Mekah dihukumkan Madani

- Iaitu ayat 13 dalam surah AL-Hujurat yang diturunka di Mekah semasa pembukaan Mekah iaitu selepas hijrah maka ia dihukumkan Madani. Khitab yang dibawa adalah umum yang menyebabkan ia tidak boleh dikatakan sebagai Makki atau Madani. Oleh itu ia dimasukkan ke dalam ayat Makki tetapi dihukumkan sebagai hukum Madani.


b) Ayat turunkan di Madinah dihukumkan Makki

- Iaitu ayat-ayat di dalam surah al-Mumtahanah yang diturunkan di Madinah. Khitab yang dibawa adalah untuk orang Musyrikin. Begitu juga ayat-ayat pada permulaan surah al-Baqarah. Oleh itu, ayat-ayat tersebut dikatakan sebagai ayat Madani tetapi hukumnya Makki. Cara-cara untuk mengenal ayat-ayat Makki dan Madani


# Untuk mengetahui sesuatu perkara yang sebenarnya secara pasti tentulah kita sendiri perlu melihat atau menyaksikan perkara tersebut begitu juga dengan al-Quran. Untuk mengetahui dengan pasti tentang apakah itu ayagt Makki atau Madani sudah pasti kita perlu hadir di dalam masa penurunan wahyu tersebut. Namun begitu tentulah mustahil sama sekali untuk kita mengulangi kembali perkara yang telah berlaku. Oleh yang demikian, ulama telah sependapat bahawa pada hari ini sekiranya kita ingin mengetahui ayat Makki dan Madani hanya dengan dua cara sahaja iaitu:


1) Cara mendengar dari dalil-dalil Naqli Iaitu mendengar dalil-dalil Naqli yang disandarkan kepada riwayat yang sahih dari para Sahabat yang hidup semasa wahyu itu diturunkan atau riwayat yang sahih para tabiin yang bertemu dengan sahabat yang menyaksikan turunnya wahyu


2) Cara kias ijtihad Iaitu dengan cara melihat, meneliti dan membuat kajian terhadap ayat-ayat al-Quran berdasarkan perbahasan di atas. Sekiranya ia mempumyai khitab yang lebih membicarakan orang Musyrikin maka kita mengenalinya sebagai ayat Makki dan sekiranya ayat tersebut membicarakan tentang kes atau tindakan maka kita akan memasukkan ke dalam ayat Madani. Begitulah seterusnya dalam hal-hal yang tertentu yang kita telah bincangkan di atas.


Ciri-ciri pengenalan Ayat-Ayat Makki dan Madani

# Berikut merupakan beberapa cirri umum yang dapat membantu kita mengenali sama ada sesuatu ayat itu Makki atau Madani


A-Ciri-ciri Ayat Makki :


1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.


2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (كلا)


3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)


4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.


5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.


6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.


* Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;


1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.


2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).


3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.


4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.


5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.


B- Ciri-ciri Surah Madani


1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.


2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.


3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.


4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.


Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:


1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.


2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.


HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI


# Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi umat Islam antaranya:


1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.


2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.


3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasih dan Mansuh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.


4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.

.::BAB 2::.

.::TEMPAT DAN KEDUDUKAN WAHYU::.


Alam terbahagi kepada dua:


* Alam ghaib – alam yang tidak nampak.

* Alam musyahadah – alam yang nampak.


Maksud Alam ghaib : Alam ghaib seperti alam roh, alam barzah.

Maksud Alam Musyahadah : Alam musyahadah seperti jasad manusia.

* Mengapa manusia perlunya wahyu?

- Tujuannya untuk memenuhi keperluan manusia dalam memelihara kemuliaan untuk memartabatkan akhlak-akhlak manusia, memelihara disiplin mereka dan mereka itulah utusan rasul-rasul dan nabi-nabi.


.::PENGERTIAN WAHYU::.


WAHYU DARI SEGI BAHASA :

-Memberi isyarat, mengirim utusan, berbisik-bisik, berbicara di tempat tersembunyi yang tidak diketahui oleh orang lain atau mengilhamkan ke dalam hati.


Firman Allah SWT dalam surah al-Qashash: ayat 7

7. dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika Engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah Dia di Dalam peti dan) lepaskanlah Dia ke laut; dan janganlah Engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadaMu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami.

WAHYU DARI SEGI ISTILAH :

- Nama bagi sesuatu yang disampaikan secara cepat daripada Allah SWT ke dalam dada nabiNya atau dengan cara mengutuskan utusan sebagaimana yang telah digunakan untuk lafaz al-Quran dengan mengutus Jibril.

Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah nabi Allah pertama yang menerima wahyu daripada Penciptanya. Bahkan para nabi sebelumnya turut diberikan wahyu kepada mereka.


Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’: ayat 163-164

163. Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi Yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.


164. dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

.::CARA WAHYU MALAIKAT KEPADA RASULULLAH S.A.W.::.

Mempunyai dua cara iaitu:

* Dalam keadaan Rasulullah S.A.W. susah untuk menerimanya. Contohnya seperti bunyi loceng.

Sebagaimana hadis ini:



إذا قضى الله الامر فى السماء ضربت الملائكة بأجنحتها خضعانا لقوله كالسلسلة على صفوان.

(رواه البخارى)


Dalam keadaan ringan apabila malaikat datang menyerupai seorang lelaki.




Ahad, 7 Mac 2010

.::BAB 1::.

TA'RIF ULUM AL-QURAN

DARI SEGI BAHASA :

- Qara’a(قرأ) beerti memiliki dan menghimpun .
- Qira’ah beerti menghimpunkan huruf-huruf dan kata-kata dalam satu ungkapan kata yang tersusun.
- Pada asalnya, perkataan al-quran sama dengan qira’ah iaitu kata akar (masdar) daripada qara’a, qiraatan wa qur’anan.

Firman Allah SWT:


17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

Qur’anah() pada ayat di atas beerti qira’ah iaitu bacaan atau membaca. Perkataan tersebut merupakan kata dasar(masdar) atas wazan fi’lan(فعلان (. Dapat disimpulkan di sini bahawa perkatan qara’atun ,qur’an, qira’atun dan qur’anan membawa maksud yang sama.
Maka terjadilah satu identiti khas bagi sebuah kitab dengan nama Al-Quran. Oleh yang demikian, sebutan al-quran tidak terhad kepada sebuah kitab dengan seluruh kandungannya tetapi mengandungi juga bahagian daripada ayat-ayatnya. Jika anda mendengar ayat al-quran dibaca, boleh dikatakan seseorang itu sedang membaca al-quran.
Sebagaimana firman Allah:


204. dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Menurut sebahagian ulama, kitab ini diberi nama Al-Quran kerana ianya mencakupi intipati daripada semua ilmu.
Firman Allah SWT:


89. dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat
Dan juga firman Allah:


38.. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
Pendapat yang lain pula,sebahagian ulama berpendapat bahawa perkataan Quran itu pada asalnya tidak berhamzah sebagai kata jadian. Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w dan bukan kata dasar daripada qaraa. Mungkin juga ia berasal daripada perkataan qaraa asy-syai’ bi asy-syai’ yang bermaksud menghubungkan sesuatu dengan yang lain atau berasal daripada perkataan qaraain (saling berpasangan) kerana ayat-ayat saling berkait. Demikian itu, huruf nun itu adalah asli. Namun begitu, pendapat ini masih diragukan. Pendapat yang pertama adalah pendapat yang benar.


DARI SEGI ISTILAH :

Al-Quran memang sukar diberikan definisi yang logic yang menghimpunkan segala jenis, bahagian serta ketentuannya yang khusus mempunyai perbezaan dan propium sehingga Al-Quran itu mempunyai batasan definisi yang benar-benar kuat.
Definisi Al-Quran yang kukuh adalah menghadirkannya dalam fikiran atau realiti. Misalnya, kita menunjukkan Quran sebagai apa yang tertulis dalam mushaf atau dibaca dengan lisan. Demikian itu, dikatakan bahawa “Al-Quran adalah apa yang ada diantara dua buku” atau “Al-Quran itu adalah bismillahi rahmani rahim, alhamdulillahi robbil’alamin…minal jannati wanaas”.
Definisi Al-Quran yang disebut oleh ulama terbahagi kepada empat pecahan:

 Mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebut bahawa Al-Quran adalah kalam atau firman Allah.

 Diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

 Membacanya adalah ibadah.

 Disampaikan secara mutawatir.


Bagi definisi kalam, merupakan jenis kelompok yang meliputi segala kalam dengan menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) beerti tidak termasuk semua kalam manusia, jin dan malaikat. Dan dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah bagi milik-NYA.
Firman Allah:



109. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah.

Dan membatasi apa yang diturunkan itu yang kepada nabi Muhammad s.a.w tidak termasuk apa yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya seperti taurat, injil dan zabur.
Sedangkan pembacaannya merupakan ibadah mengecualikan hadis-hadis ahad dan hadis qudsi, kita berpendapat bahawa yang diturunkan itu adalah merupakan kata-katanya. Maksudnya perintah untuk membacanya di dalam solat dan lainnya sebagai suatu ibadah tetapi tidak bagi hadis ahad dan hadi-hadis qudsi.



.::NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN::.


Allah menamakan Alquran dengan beberapa nama;

1) Alquran


“Alquran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (Al-Isra’: 9).

2) Kitab


“Telah kami turunkan kepadamu al-kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.” (Al-Ambiya’: 10).

3) Furqan


“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada semesta alam.” (Al-Furqan: 1).

4) Zikr


“ Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-Hijr: 9).

5) Tanzil


“Dan, Alquran ini Tanzil (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.” (Asy-Syu’ara: 192).

Al-Quran dan al-kitab lebih popular dari nama-nama yang lain. Dalam hal ini Dr. Muhammad Abdullah Daraz berkata, “Ia dinamakan Quran kerana ia ‘dibaca’ dengan lisan, dan dinamakan al-kitab kerana ia ‘ditulis’ dengan pena. Kedua nama ini menunjukkan makna yang sesuai dengan kenyataannya.”

Penamaan Quran dengan kedua nama ini memberikan isyarat bahawa selayaknyalah ia dipelihara dalam bentuk hafalan dan tulisan. Dengan demikian, apabila di antara salah satunya ada yang melencong, maka yang lain akan meluruskannya. Kita tidak dapat menyandarkan hanya kepada seseorang sebelum hafalannya sesuai dengan tulisan yang telah disepakati oleh para sahabat, yang dinukilkan kepada kita dari generasi ke generasi menurut keadaan sewaktu dibuatnya pertama kali. Dan, kita pun tidak dapat menyandarkan hanya kepada tulisan penulis sebelum tulisan itu sesuai dengan hafalan tersebut berdasarkan isnad yang sahih dan mutawatir.

Dengan penjagaan yang ganda ini, yang oleh Allah telah ditanamkan ke dalam jiwa umat Muhammad untuk mengikuti langkah Nabi-Nya, maka Quran tetap terjaga dalam benteng yang kukuh.

Hal itu tidak lain untuk mewujudkan janji Allah yang menjamin terpeliharanya Quran, seperti difirmankan-Nya,

“Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan az-zikr (Alquran) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar akan menjaganya.” (Al-hijr: 9).

Dengan demikian, Quran tidak mengalami penyimpangan, perubahan, dan keterputusan sanad, seperti terjadi pada kitab-kitab terdahulu.

Penjagaan ganda ini di antaranya menjelaskan bahawa kitab-kita samawi lainnya diturunkan hanya dalam waktu itu, sedang Quran diturunkan untuk membetulkan dan menguji kitab-kitab yang sebelumnya. Kerana itu, Quran mencakup hakikat yang ada di dalam kitab-kitab terdahulu dan menambahnya dengan tambahan yang dikehendaki Allah. Quran menjalankan fungsi kitab-kitab sebelumnya, tetapi kitab-kitab itu tidak dapat menempati posisinya. Allah telah menakdirkan untuk menjadikannya sebagai bukti sampai hari kiamat. Dan, apabila Allah menghendaki suatu perkara, maka Dia akan mempermudah jalannya ke arah itu. Kerana, Dia Maha bijaksana dan Maha tahu. Inilah alasan yang paling kuat.

Allah telah melukiskan Quran dengan beberapa sifat, di antaranya sebagai berikut.

Nur(Cahaya)


“Wahai manusia, telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisa’: 174).


Huda (Petunjuk), Syifa' (Ubat), Rahmah (Rahmat), dan Mau'izzah (Nasihat)

NJNFJ



“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu nasihat dari Tuhanmu dan ubat bagi yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57).

Mubin (yang Menerangkan)

Ÿ

“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.” (Al-Ma’idah: 15).

v Mubarak (yang Diberkati)



“Dan, Alquran ini adalah kitab yang telah kami berkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya ….” (Al-An’am: 92)

v Busyra (Khabar Gembira)


“… yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadikan petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 97).

v ‘Aziz (yang Mulia)

¨

“Mereka yang mengingkari az-zikr (Alquran) ketika Alquran datang kepada mereka, (mereka pasti celaka). Alquran adalah kitab yang mulia.” (Fussilat: 41).

v Majid (yang Dihormati)

ö
“Bahkan yang mereka dustakan itu adalah Alquran yang dihormati.” (Al-Buruj: 21).

v Basyir (Pembawa Khabar Gembira ) dan Nazir (Pembawa Peringatan)


“Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa khabar gembira dan yang membawa peringatan.” (Fusilat: 3–4).

Setiap penamaan atau pelukisan itu merupakan salah satu makna dalam Quran

AL-QURAN

i. Kalam Allah yang diturunkan dalam Bahasa Arab sebagai mukjizat melalui

wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril a.s..

ii. Menjadi ibadat kepada pembacanya.

HADIS


i. Dari segi bahasa ضد القديم " " iaitu lawan lama, perkaitannya adalah semua

perkataan yang baru disebut.


ii. Disampaikan oleh manusia melalui pendengaran wahyu ketika sedar ataupun tidur.


iii. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :


ومن أصدق الله حديثا

(النساء : 87)

iv. Dari segi istilah pula ialah apa yang disandarkan kepada nabi melalui perkataan,

perbuatan, pengakuan dan sifat.



* Melalui perkataan sebagaimana hadis dibawah ini :

انماالأعمال بالنيات, وانما لكل امرئ مانوى

(رواه بخاري و مسلم)


* Melalui perbuatan pula sebagaimana nabi mengajar sahabat cara solat :

صلوا كما زأيتمونى اصلي

(رواه البخارى)


* Melalui pengakuan ialah kejadian yang berlaku sama ada perkataan, perbuatan semasa nabi ada bersama sahabat atau tidak.


o Para sahabat makan dhab dihadapan nabi S.A.W.


o Sahabat mengkhatamkan al-Quran dengan pengakhirannya surah al-Ikhlas.

فقال : ((سلوه لأى شئ يصنع ذلكم؟)) فسألوه فقال : لأنها صفة الحمن وان احب أن أقرابها.

فقال النبى صلى الله عليه وسلم : ((أخبروه أن الله يحبه))

((رواه البخارى ومسلم


* Melalui sifat ialah nabi S.A.W. sentiasa tersenyum, akhlak yang disenangi, lemah lembut, tidak bercakap kasar, tidak bertempik, tidak mengeji dan tidak mempunyai aib.


HADIS QUDSI

i. Dari segi bahasa ialah suci sebagaimana firman Allah S.W.T. :

ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك قل إنى أعلم ما لا تعلمون

(البقرة : 30 )

ii. Iaitu kesucian yang menunjukkan keagungan, kebesaran Allah merupakan kalimah untuk tanziyah (penyucian) dan tadhir (pembersihan).


.::PERBEZAAN ANTARA AL-QURAN DENGAN HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI::.

BIL

AL-QURAN

HADIS NABAWI

HADIS QUDSI

1.

Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. bersama lafaznya.

Apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat baginda.

Kalam Allah yang tidak untuk menentang dan pula untuk mukjizat.

2.

Dinisbahkan hanya kepada Allah S.W.T.


Kalam Allah yang disandarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

3.

Secara berperingkat-peringkat, jelas, benar dan shahih.


Banyak keraguan, ada yang shahih, hasan dan dhaif.

4.

Merupakan ibadah kepada pembacanya.


Tidak dikira ibadah ketika membacanya.

.



Template by : kendhin x-template.blogspot.com