Rabu, 20 Januari 2010

.::Rujukan Ulum Quran Dari Kitab Kitab::.

-BAHASA MELAYU-

RUJUKAN PERTAMA : PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH ( 297.122 ASM)

Nama Buku : Ulum Al-Quran

Oleh : Asmawi Haji Ehsan

Penerbit : Pustaka Haji Abdul Majid (2004)

Cetakan : Pertama (1995)
Kedua (2004)

Penyusun : Haji Abdul Majid Bin Haji Jaafar

Pengatur Huruf : Amir Haji Hamzah


Kandungan mengenai buku ini :

Buku ini diterbitkan untuk membantu permasalahan pelajar-pelajar dalam mempelajari Ulumul Quran bagi madah ini. Ia membahaskan tentang ilmu didalam Al-Quran. Antara kandungan yang terdapat didalam buku ini adalah seperti berikut :

BAB 1 : ULUMUL QURAN DAN BIDANG KAJIANNYA.

BAB 2 : AL-QURAN

BAB 3 : PENURUNAN AL-QURAN

BAB 4 : WAHYU ALLAH

BAB 5 : SEBAB TURUN AYAT (ASBABUN NUZUL)

BAB 6 : PENGUMPULAN AL-QURAN

BAB 7 : AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

BAB 8 : AYAT DAN SURAH SERTA SUSUNANNYA

BAB 9 : TAFSIR DAN TAKWIL

BAB 10 : SEJARAH PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

BAB 11 : KITAB-KITAB TAFSIR DAN METHODNYA



RUJUKAN KEDUA : PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH (297.122 AZZ)

Nama Buku : Ulumul Quran

Oleh : Muhammad Abdu Al-Azim Az-Zarqaniy

Penerbit : Pustaka Ikhwan

Cetakan : Pertama 1406 (1986)

Penterjemah : Che Jaffar Che Hamid (B.A. TAFSIR AZHAR)


Kandungan mengenai buku ini :

Buku ini merupakan terjemahan dan saringan dari buku "Manahil Al-'Irfan fi 'Ulum Al-Quran" yang ditulis oleh Ustaz Syeikh Muhammad Abdu Al-Azim Az-Zarqaniy,bekas pensyarah di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar. Buku ini membincangkan secara terperinci tentang penurunan Al-Quran, Wahyu dan peranan Jibril a.s. dalam menyampaikan wahyu, bukti-bukti ilmiah yang boleh dijadikan hujah kepada wujudnya wahyu, sebab-sebab atau latar belakang kepada turunnya satu-satu ayat Al-Quran, ayat-ayat atau surah-surah makkiyyah dan madaniyyah dan juga tentang bagaimana Al-Quran dikumpulkan dan dijaga sehingga ia masih lagi wujud dengan kandungan asalnya seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya.



RUJUKAN KETIGA : PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH (297.122 ZUH)


Nama Buku : Pengantar Ulumul Quran

Oleh : Drs. Masjfuk Zuhdi

Penerbit : pt. Bina Ilmu

Cetakan : 21 November 1979



Kandungan mengenai buku ini :

Buku "Pengantar Ulumul Quran" ini merupakan rangkaian pelajaran dalam Ilmu Tafsir. Buku ini membincangkan beberapa pendapat Orientalist tentang beberapa masalah mengenai Al-Quran. Contohnya tentang turutan surah-surah dan ayat-ayatnya, surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah, sumpah-sumpah Allah dan makhluk-Nya (bintang, Malaikat, dan sebagainya) yang terdapat pada permulaan beberapa surah, huruf-huruf hijaiyah yang terdapat pada permulaan beberapa surah, dan penafsiran-penafsiran beberapa Orientalist mengenai pelajaran lafaz/kalimat/ayat, yang kadang-kadang masih sesuai dengan penafsiran Ulama Tafsir tetapi kadang-kadang ganjil penafsirannya dan sangat menyimpang.


0 ulasan:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com